Thursday, 22 November 2012

KARTU TENAGA KERJA LUAR NEGERI (KTKLN)

Tahun lepas kerajaan Indonesia telah memperkenalkan satu kad iaitu Kartu Tenaga Kerja Luar Negeri (KTKLN) yang wajib dimiliki oleh setiap tenaga kerja Indonesia (TKI) samada yang akan berangkat ke luar negeri untuk bekerja ataupun mereka yang sudah ada di luar negeri. Kad ini adaalah smartcard yang mengandungi chip microprocessor dimana data digital pekerja (TKI) disimpan.


Tujuan kerajaan Indonesia memperkenalkan kad ini adalah :

(a) Mudah menghubungi dan membantu TKI ketika TKI mengalami masalah semasa di luar negeri kerana
Kedutaan Indonesia dapat menghubungi terus kepada pejabat Tenaga Kerja Daerah dan pejabat lain yang berkaitan secara "online"

(b) Untuk mengelakkan daripada TKI tanpa izin dan perdagangan manusia dengan memperketatkan keperluan dokumen

(c) Mencegah pemalsuan identiti TKI

Untuk mereka yang sudah bekerja di luar negeri, mereka cuma perlu memohon kad ini apabila pulang bercuti ke Indonesia. Sekiranya setelah pulang ke Indonesia dan TKI itu gagal memohon kad KTKLN ini, dia tidak akan dibenarkan keluar dari Indonesia. Ramai TKI tidak tahu mengenai keperluan kad ini dan apabila mereka tidak memohon kad ini, mereka tidak dibenarkan berlepas ke luar negeri setibanya di lapangan terbang (bandar) menyebabkan tiket mereka hangus.

Sebelum ini, peraturan ini tidak begitu menyeluruh, ada TKI yang masih boleh berlepas ke luar negeri walaupun tiada kad ini, ada bandara yang lebih ketat dalam hal ini ada yang kurang. Akan tetapi sejak akhir-akhir ini, penguatkuasaan perkara ini menjadi lebih ketat. Pembantu rumah terutamanya memang tidak akan dibenarkan ke luar negeri tanpa kad ini.

Apakah dendanya jika tiada mempunyai KTKLN ( mengikut undang-undang ) ? TKI boleh didenda Rp 1.5 juta atau dipenjara 1-5 tahun ( Ini cuma undang-undang saja, biasanya jika tiada KTKLN, TKI tidak dibenarkan berlepas pulang ke negara penempatannya. )
Di bandara (lapangan terbang), TKI harus mendapatkan cop pengesahan KTKLN di kaunter yang disediakan sebelum pergi ke kaunter imigresen.
Bagaimana memohon KTKLN ?

(a) Pastikan semua dokumen yang dikehendaki yang diperlukan untuk kad ini adalah lengkap. Dokumen yang diperlukan adalah :

- Paspot asal (+ salinan fotokopi )
- Permit kerja asal ( + salinan fotokopi )
- Kad Pengenalan Diri ( Kartu Tanda Penduduk - KTP ) ( + salinan fotokopi )
- Surat kebenaran bercuti dari majikan
- Tiket pergi ke negara penempatan
- Kontrak kerja yang disahkan oleh kedutaan Indonesia *
- Insuran PROTEKSI *

*  Melalui maklumbalas yang saya terima dari TKI yang baru pulang dari Indonesia, mereka dapat membuat kad KTKLN walaupun tanpa kontrak kerja. Ini juga tergantung dimana mereka membuatnya. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik, sediakan semua dokumen yang dikehendaki untuk mengelak sebarang masalah kelak.

(b) Dengan membawa dokumen-dokumen di atas, TKI harus hadir sendiri di cawangan-cawangan Balai Pelayanan Penempatan Dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia di seluruh Indonesia.

Insuran PROTEKSI boleh dibeli di Malaysia (sebelum pulang ke Indonesia) atau membeli di tempat membuat kad ini. Setibanya di balai membuat KTKLN, TKI harus mengisi borang dan diambil foto (secara digital) sebelum dikeluarkan kad KTKLN. Pengeluaran kad ini adalah PERCUMA (GRATIS). TKI cuma perlu membayar untuk insuran PROTEKSI. Asuransi Proteksi ( 1 tahun = Rp 170,000,  2 tahun = Rp 290,000 ). Untuk mereka yang memegang permit kerja melalui Program 6P, wajib diambil 2 tahun punya.

Tempat-tempat untuk membuat KTKLN : BP3TKI (Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia)

1.Banda Aceh: Jl Soekarno Hatta No: 117, Banda Aceh, Telp: 0651-7410355, 636959 Fax: 0651-49186;

2.Medan: Jl Asrama No: 143 Medan – 20126, Telp: 061-8476659, 8443886 Fax: 061-8463413;

3.Pekanbaru: Jl Taman Sari Gg Taman Sari I Kel Tangkerang Selatan Pekanbaru – 28282, Telp: 0761-
38894, 7079765 Fax: 0761-34479, 3889;

4.Tanjungpinang: Jl DI Panjaitan Km 9 Ruko II No: 06, Tanjung Pinang – Kepulauan Riau, Telp: 0771-7004553, Fax: 0771-7447250:

5.Palembang: Jl Dwikora II No: 1220, Palembang, Telp: 0711-359404 Fax: 0711-312062, 365606;

6.Serang: Jl Ciwaru Raya Komplek Depag No: 2, Serang Banten, Telp: 0254-204970, Fax: 0254-207963;

7.Jakarta: Jl Pengantin Ali I No: 71 Ciracas Jakarta Timur, Telp: 021-87781840, Fax: 021-87781841;

8.Bandung: Jl Soekarno Hatta No: 587 Kiara Condong, Bandung, Telp: 022-7336965 Fax: 022-7336965;

9.Semarang: Jl Kalipepe III/64 Pudak Payung, Semarang Jawa Tengah 50236, Telp: 024-7475033, 76481772 Fax: 024-7477223;

10.Yogyakarta: Jl Candi Sambisari No: 311 A, Juwangen Purwomartani Kalasan Sleman, Yogyakarta, Telp: 0274-497403 Fax: 0274-497403;

11.Surabaya: Jl Jagir Wonokromo No: 358, Surabaya 60244, Telp: 031-8415858, Fax: 031-8411445;

12.Denpasar: Jl Mawar No: 25 Kereneng, Denpasar, Bali, Telp: 0361-242686 Fax: 0361-235560;

13.Mataram: Jl Adi Sucipto No: 9, Mataram Nusa Tenggara Barat, Telp: 0370-639712 Fax: 0370-639712;

14.Kupang: Jl Perintis Kemerdekaan I No: 6 Kupang, NTT, Telp: 0380-825355 Fax: 0380-825355;

15.Makassar: Jl Pacinang Raya No: 104 Makassar Sulawesi Selatan, Telp: 0411-425038, Fax: 0411-425039;

16.Manado: Jl Toar No: 70 Manado, Sulawesi Utara, Telp: 0431-850695, Fax: 0431-850696;

17.Pontianak: Jl Uray Bawadi No: 82 B, Pontianak Kalimantan Barat, Telp: 0561-735244 Fax: 0561-741564;

18.Nunukan: Jl Tien Soeharto No: 49, Nunukan, Kalimantan Timur, Telp: 0556-21018 Fax: 0556-21018;

19.Banjarbaru: Jl Rosela I No: 16, Banjarbaru, Kalimantan Selatan, Telp: 0511-4781638 Fax: 0511-4781638.

P4TKI (Pos Pelayanan Penempatan dan Perlindungan TKI)

1.Batam: Jalan Industrial Park 2000 No: 1, Batam Centre, Batam, Telp: 0778-3154130, Tanjung Balai Karimun Jalan Teluk Air No: 26, Tanjung Balai Karimun, Telp: 0777-22840

2.Dumai: Jalan Pauh Jaya No: 4, Kel Jayamukti, Dumai Timur, Telp: 0765-37270, HP: 081378131213

3.Padang: Jalan Raya Bukit Tinggi Km 21 Ruko Pasar Kasang No: 28, Telp: 0751-482313, HP: 08136588800

4.Lampung: Jalan MS Batubara No: 137, Teluk Betung, Bandar Lampung, Telp: 0721-485831, HP: 0813733003372

5.Tangerang: Pos Pelayanan TKI Jalan KH Hasyim Ashari No: 36-A, Kota Tangerang, Telp: 021-55792854, HP: 08159454814

6.Cilacap: Jalan Brantas No: 74, Cilacap, Telp: 0282-533250 7.Parepare: Jalan Ahmad Yani Km 7, Parepare, Telp: 0421-25767, HP: 082196465545

* Dari maklumbalas yang diterima daripada TKI yang baru pulang dari Indonesia, di bandara (lapangan terbang) di Surabaya ( saya percaya di tempat lain juga), pemandu pengangkutan di sana(travel) di sana boleh mendapatkan paspot TKI dicop dengan upah sebanyak Rp 50,000, walaupun tanpa adanya KTKLN ini. Jika begini yang berlaku sebenarnya, maka KTKLN ini gagal mencapai objektif ianya diperkenalkan malah mengalakkan rasuah. Adalah dinasihatkan TKI atau majikan mendapatkan KTKLN untuk pekerja mereka kerana ia adalah percuma, cuma perlu membayar untuk insuran saja.

4 comments:

Anonymous said...

indonesia hanya mempersulit warga nya saja.alasan nya saja,agar lebih mudah meminta uang dari pekerja nya.

Anonymous said...

eeee mudah2an mempermudah dalam hal yang bersangkutan aaaaaa miiiiiiiiiin ya robbal aaaaaaaaaaalamiennnnnnnnnnnnnnnnnn

Anonymous said...

Maid saya sangkut kat bandung nak balik malaysia x blh sb tak de kartu tu...camne saya nak buat kartu tu sedangkan maid di indon dan saya di malaysia..

Uzzir Haslija Jamaludin said...

di malaysia dimana boleh dapatkan insurans proteksi TKI?

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Press Release Distribution